Thursday, 1 October 2015

Submission chapter 1 this week and start to write literature review.

Sample Promosi Kilang Bateri Johor







Penyataan Masalah

     Antara masalah yang dikenalpasti melalui penyelidikan ini adalah:
  1.  Kilang Bateri Johor mempunyai strategi promosi yang kurang efektif. Pengkaji mendapati promosi yang dilakukan oleh Kilang Bateri Johor tidak berterusan dan meluas. Keadaan ini menyebabkan ramai orang tidak mengetahui tempat ini dengan lebih terperinci. 
  2. Kurangnya penggunaan media sepeti television, radio, surat khabar dan majalah.
  3.  Promosi yang dilakukan menggunakan media sosial seperti facebook dan Instagram. 
  4. Selain itu, laman sesawang khas untuk Kilang Bateri tidak dapat diakses. Hal ini menyebabkan  orang ramai tidak dapat mengetahui maklumat tentang Kilang Bateri dengan lebih lanjut. Mereka hanya boleh mendapatkan informasi mengenai kilang ini menerusi facebook, Instagram dan blog.

Ruangan dalam kilang Bateri Johor








Latar Belakang Kilang Bateri Johor

Kilang Bateri Johor pada asalnya merupakan kilang bateri Eveready yang telah diubahsuai menjadi Cafe Vintage. Kilang ini terletak di no.83, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru. Kilang Bateri Johor dibuka setiap hari pada pukul 12.00 p.m hingga 12.00 a.m. Mempunyai rekaan dalaman yang sangat menarik, unik dan ruangan dalaman yang luas.

     Kilang Bateri Johor juga, mempunyai tempat yang menarik seperti Cafe CupChai, kedai membeli-belah, kedai gunting rambut, Food Court dan sebagainya. Ruangan Food Court ini sangat luas serta mempunyai meja dan kerusi yang diperbuat daripada kayu pine. Mempunyai konsep gerai yang pelbagai warna. Harga yang ditawarkan di Food Court ini sangat murah dan berpatutan. Antara menu yang ditawarkan di Food Court ialah bubur ayam, nasi ayam, rojak tauhu dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di Kilang Bateri Johor. Antara aktiviti-aktiviti yang di langsungkan adalah ambang merdeka dan mini konsert yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan.